Putu Mayam Kegemaranku :)


Putu Mayam RM 5.00



Walaupun putu mayam ini merupakan makanan tradisi India,tetapi di Malaysia ia merupakan snek kegemaran semua kaum tidak ketinggalan aku.Apa yang menariknya putu mayam ini,dijual oleh seorang 'uncle' berketurunan India sambil membunyikan hon berkali-kali.Dengan menunggang motosikalnya,setiap petang dia akan membuat pusingan lebih daripada sekali di kawasan perumahan untuk mempromosikan jualan putu mayam istimewanya. Proses menghasilkan putu mayam yang dicedok daripada Wikipedia; ialah dengan mengaul tepung beras atau tepung idiyappam bersama air atau santan, dan doh tersebut ditekan melalui acuan bagi menghasilkan rupa seperti bihun atau mee. Sesudah itu,ia akan dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang.Boleh juga menggantikan gula perang dengan gula kabung, gula Melaka atau guna nisan.Sedap dimakan di waktu petang sambil berkumpul bersama keluarga :)

Comments

Popular Posts