We Love Tun Mahathir :)

NEGARAWAN ULUNG:TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD


Beginikah generasi muda yang mengenang budi?Setelah hampir 22 tahun arkitek negara terulung yang telah melakar berbagai-bagai kejayaan di dalam dan di luar negara ini membina Malaysia dari tidak dikenali sehingga menjadi popular,beliau dikecam sebegitu rupa di laman-laman muka buku (facebook).Adakah semudah yang disangka meraih erti sebuah kemerdekaan negara?Lupakah kita pada sejarah atau dengan sengaja menolak fakta-fakta yang termaktub di dalam sejarah?Sejarah adalah segala-galanya supaya kita tidak menjadi manusia yang 'lupa diri' dan 'alpa'.Lupakah kita pada dua tahap perjuangan menuntut kemerdekaan negara ini samaada melalui tahap perjuangan berdarah dan tahap perjuangan melalui semangat kebangsaan dan perundingan?Generasi Y dan Z perlu sedar kita telah terjajah selama 446 tahun (1511-1957) bermula dari Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun.Dalam tempoh itu,telah banyak darah dan nyawa yang terkorban.Lupakah kita pada para pejuang seperti Dato' Maharajalela,Tok Sagor,Tengku Antah,Tok Gajah,Dato' Bahaman, Mat Salleh,Tok Janggut,Haji Abdul Rahman Limbung,Rentap,Banting dan tokoh-tokoh lain yang telah mempertaruhkan darah dan nyawa demi sebuah kemerdekaan?



DASAR PANDANG KE TIMUR YANG DIPERKENALKAN BELIAU TELAH  MEMBUANG " INFERIOTY COMPLEX" DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA TERHADAP BARAT


Adakah sebegitu mudah kita mengkhianati perjuangan mereka hanya kerana perbezaan politik dangkal lagi jumud itu?Adakah dengan sebegitu mudah memangkah kertas undi dengan sikap yang tebal dengan emosional dan prejudis?Adalah lebih baik membuat kajian terlebih dahulu daripada 'tangkap muat' segala apa yang tertulis di media-media sosial.Bukankah kita mempunyai akal dan fikiran untuk menilai sejauh manakah kesahihan sesuatu  sumber maklumat yang tersebar itu boleh diterimapakai?Bukankah sewaktu di universiti kita diajar bagaimana untuk mendapatkan sumber rujukan yang lebih berintegriti dan sahih sebagai pelengkap sesuatu bahan kajian?Sejarah tidak pernah menipu.Itu adalah kenyataan yang perlu kita terima walau apa jua pegangan kita.Jangan pernah kita melupakan suatu ketika dahulu asal usul dan susur galur bagaimana terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari,1948 setelah rancangan Malayan Union gagal.Apakah peranan utama yang dimainkan UMNO pada ketika itu untuk mendapat mandat sebuah kemerdekaan?Terlalu banyak jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang UMNO suatu ketika dahulu,kini dan selamanya.Bukankah kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain  masakini?

Comments

Popular Posts