Air Mata Kesengsaraan Rohingya, Identiti, Penindasan dan Pelarian
Buku
tulisan Azharudin Mohamed Dali dan Azlinariah Abdullah yang cukup meruntun
perasaan untuk ditelaah berjudul ‘Air
Mata Kesengsaraan Rohingya Identiti,Penindasan dan Pelarian’ ini ternyata
telah berjaya mengupas isu-isu tersurat dan tersirat masyarakat Rohingya yang
selama ini terpinggir dari media arus perdana. Nasib minoriti Islam di tangan
majoriti yang bukan beragama Islam tidak menjanjikan peluang kesamarataan atau
sekurang-kurangnya keadilan dalam membela nasib mereka. Bangsa yang dilihat sebagai
“the lowest of the low”dalam negara Buddha itu terus-terusan mengalami
penderitaan dan penindasan sehingga ke hari ini dan tidak menunjukkan
tanda-tanda akan berakhir semenjak junta tentera mengambil alih pemerintahan
Myanmar dan ini turut disokong oleh Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa
2011 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat yang mengakui wujudnya diskriminasi
dan tekanan oleh pemerintah Myanmar terhadap masyarakat Rohingya ini. Buku ini dibahagikan kepada enam pecahan bab
yang masing-masing menghuraikan secara eksklusif persoalan-persoalan seperti;
1. Latar
belakang Myanmar dan kedatangan Islam.
2. Asal
usul Rohingya.
3. Persoalan
identiti.
4. Penindasan
dan kekejaman.
5. Pelarian
ke Bangladesh.
6. Rohingya
di Malaysia.
Masyarakat minoriti Islam yang
dinafikan identiti dan kewarganegaraan di bumi Myanmar, didiskriminasi dan
ditindas junta ini hidup tanpa masa depan dan hala tuju yang jelas terutama isu
kesihatan, isu pendidikan anak-anak Rohingya dan lain-lain isu seperti
peluang-peluang mendapatkan hak kesamarataan dan kemanusiaan seperti bangsa
majoriti Buddha yang lain. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) menyebut; orang
Rohingya termasuk ke dalam golongan masyarakat yang menerima penindasan paling
buruk di dunia.
Masjid dirobohkan merupakan perkara biasa di Rakhine dan digantikan dengan biara-biara Buddha, wanita dirogol dan dipisahkan dari suami dan keluarga, pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain bentuk diskriminasi dan penindasan seperti dihalang berkahwin sesama Rohingya dan menyekat pembiakan zuriat.

Laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa(ILO) 2003 menyebut; buruh paksa
masih berleluasa di Rakhine Utara dan dikerah membuat kerja-kerja
binaan, penyelenggaraan kem tentera, pembinaan kampung baru bagi penduduk
baru, membangunkan kilang, menyusun batu bata, membaik pulih tempat ibadat tentera
dan sebagainya oleh NaSaKa dan tentera rejim.
Melalui Akta Kerakyatan Burma 1974, diikuti Burma Citizenship Law 1982 mendapati adanya usaha-usaha yang bertujuan untuk menghalau keluar masyarakat Rohingya dari tanahair tempat tumpah darah mereka sendiri. Pembersihan etnik yang berdasarkan diskriminasi kaum dan genosid menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada krisis migrasi di seluruh dunia. Pelarian Rohingya dari Arakan di Myanmar terpaksa lari ke tempat selamat secara diaspora ke negara lain khususnya ke Bangladesh dan Malaysia, selain Thailand dan Emiriyah Arab Bersatu(UAE). Persoalan yang perlu dijawab oleh masyarakat antarabangsa ialah, mengapakah pihak junta hanya mendiamkan diri dan pemerhati antarabangsa tidak dibenarkan ke Rakhine, begitu juga media dilarang daripada membuat liputan mengenainya.
Pelawat sama sekali tidak dialu-alukan oleh kerajaan junta yang memerintah malah misi pengumpul bukti turut diharamkan menjejakkan kaki ke Rakhine seperti yang dilaporkan oleh Laporan Zinab Begum, kepada wakil UNHCR di Bangladesh pada tahun 2007.

Sampai
bilakah penderitaan mereka akan berakhir di bumi mereka sendiri? Tindakan tegas
oleh badan dunia yang bertanggungjawab perlulah lebih telus dalam memaksa junta
supaya menghentikan penindasan dan penyeksaan terhadap minoriti Islam Rohingya
dan tekanan perlulah diberikan kepada negara pagoda emas itu.
Membaca buku ini akan mengingatkan kita untuk lebih bersyukur dan berterima kasih di atas kehidupan di Malaysia yang tidak mendiskriminasi apatah menindas kaum-kaum lain dan kita boleh hidup aman damai dan harmoni. Untuk lebih lanjut, dapatkan buku setebal 233 ini di pasaran edaran Inteam Publishing Sdn Bhd berharga RM25.00 di Semenanjung Malaysia dan RM27.00 di Sabah/Sarawak sebagai koleksi peribadi anda.

Comments
Post a Comment