Selamat Maju Jaya Sayang






Apabila tiba musim peperiksaan,perkataan 'good luck','all the best','selamat maju jaya'.'selamat berjaya' dan lain-lain lagi ungkapan bermotivasi ini menjadi santapan minda sedar kepada yang berkenaan.Sebenarnya,kita tidak perlu menunggu 'musim' untuk mengungkapkan kalimah keramat itu.Setiap hari perkataan-perkataan bermotivasi ini perlu diucapkan dari bibir seorang ibu atau ayah sewaktu anak-anak hendak ke sekolah atau suami isteri itu sendiri ketika keluar untuk bekerja.Boleh juga diucapkan ketika meraikan 'hari-hari istimewa' seperti setiap kali tibanya ulang tahun hari kelahiran contohnya. Bukankah itu lebih bermakna?Itu juga merupakan 'doa' yang terbaik untuk dihadam oleh minda seterusnya menjadikan seseorang yang mendengarnya lebih bermotivasi.Semoga hari-hari yang kita lalui lebih bahagia dan bermakna dengan sentuhan perkataan-perkataan bermotivasi tersebut walaupun ia nampak begitu 'kecil' sahaja tetapi sebenarnya,impaknya sangat 'besar' di hati kita ;p


Comments

Popular Posts