Siber Dan Internet ?



      


Apakah diari kehidupan anak-anak kita sepanjang cuti persekolahan ini?Pernahkah sekali-sekala kita membuat 'pemeriksaan mengejut' terhadap pusat 'siber dan internet' yang dikunjungi anak-anak kita saban hari bersama kawan-kawan sekolahnya?Persoalannya,apakah aktiviti yang diperolehinya di pusat 'siber dan internet' tersebut memberikan 'input' untuk perkembangan kedua otak kanan dan kiri mereka?Sejauh manakah kita sebagai ibu bapa berperanan dalam memantau aktiviti yang lebih banyak keburukan daripada kebaikan itu?Cubalah sekali-sekala ibu bapa berada di pusat 'siber dan internet' tersebut dan lihatlah betapa 'kacau-bilaunya' jiwa anak-anak ini yang begitu agresif bersama permainan 'on line' tersebut.Dari satu aspek,pemujaan mereka terhadap permainan secara dalam talian ini berupaya untuk membentuk satu sikap ketagihan yang berterusan dan melampau.Dikhuatiri juga akan berupaya mempengaruhi emosi dan sahsiah yang ganas serta tidak berperikemanusiaan lataran permainan dalam talian yang lebih menjurus ke arah 'militan' dan peperangan sesama manusia.Sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab untuk memberitahu kepada anak-anak tentang 'pro'(kebaikan) dan 'kontra'(keburukan) aktiviti kesukaan tersebut di samping menyediakan jadual bersama mereka dalam melaksanakan suatu aktiviti yang difikirkan lebih bermanfaat dan bermakna untuk perkembangan jiwa dan rohani mereka.Apakah rasional di sebalik permainan sebegini rupa yang teladannya hanya menjurus kepada kerosakan sistem nilai moral dan etika itu sendiri?Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya,'Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepimpinannya.Penguasa adalah pemimpin,suami adalah pemimpin atas keluarganya dan seorang isteri adalah pemimpin atas rumah suaminya dan anaknya.Sesungguhnya setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab atas kepimpinannya.'[Hadis Riwayat Bukhari]Semoga kita menjadi seorang ibu bapa yang lebih prihatin terhadap tanggungjawab dalam mendidik anak-anak yang lebih terdedah dengan manipulasi dunia era teknologi digital tanpa sempadan ini dengan lebih berhemah dan bijaksana.





Comments

Popular Posts