Nilai Penyediaan Makanan

Piramid Makanan Malaysia

Apakah makna makan bersama keluarga dalam konteks 'zat dan nutrisi' pada masa kini?Apa yang berlaku pada hari ini,ramai di kalangan kita yang gagal mempraktikkan amalan penyediaan makanan sihat bersama keluarga sebagai rutin harian dan mungkin hanya sekali-sekala dapat bersama-sama keluarga ketika hujung minggu atau apabila tibanya musim cuti persekolahan.Jika dahulu,menyingkap aktiviti makan bersama keluarga,kita dapat melihat betapa eratnya perhubungan di antara seorang ayah dan ibu bersama anak-anak mereka dan mungkin juga adanya datuk dan nenek sebagai penyeri keluarga.Kalau kita perhatikan hidangan makanan yang disediakan di kampung-kampung pula,ianya kaya dengan ulam-ulaman,sayur-sayuran dan buah-buahan.Sambil menikmati hidangan,ada banyak perkara yang dibualkan,dari hal ehwal isi rumah sehingga melewati hal ehwal dunia.Sebagai seorang ibu bapa mukmin,apa yang terlintas di fikiran setiap kali hendak menyediakan makanan untuk keluarga tidak hanya mencakupi soal-soal zat dan nutrisi itu sendiri tetapi dari aspek halal dan haramnya,dari aspek kebersihan dan keberkatan turut menjadi modal utama yang dititikberatkan sebelum makanan tersebut dihadam oleh saluran pencernaan menjadi darah dan daging,seterusnya membentuk jiwa,sahsiah dan keperibadian seseorang samaada baik atau tidak baik.



Amalan sarapan pagi tidak seharusnya diabaikan

Amalan bersarapan pagi tidak seharusnya diabaikan kerana sarapan pagi sangat penting untuk menyediakan tubuh badan agar lebih bertenaga.Anak-anak yang ke sekolah tanpa sarapan pagi akan berasa letih dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran mereka.Sekurang-kurangnya,anak-anak dibekalkan dengan sandwich atau bijirin berserta susu.Penyediaan makanan yang disediakan perlu membekalkan sumber tenaga utama seperti nasi,roti dan mee (karbohidrat kompleks),buah-buahan dan sayur-sayuran (vitamin),sumber protein dari ikan,daging dan ayam,susu dan produk tenusu yang kaya dengan kalsium untuk pembentukan gigi dan tulang serta mengurangkan atau menghindarkan penggunaan lemak,minyak,garam dan gula secara berlebihan yang berisiko membebankan fungsi tubuh.Adalah lebih baik sekiranya air tangan seorang isteri atau ibu itu sendiri yang dibawa suami dan anak-anak untuk dinikmati ketika waktu rehat kerana makanan yang disediakan lebih terjamin kebersihannya,khasiat dan kualitinya menjadi keutamaan,ada nilai sentuhan kasih sayang dan estetiknya di situ di samping doa-doa dan selawat yang diucapkan ketika penyediaan makanan menambahkan lagi nilai keberkatannya di sisi Allah SWT dan semoga menjadikan insan-insan yang menikmatinya lebih baik dan cemerlang dari aspek sahsiah dan keperibadiannya.



Kismis,Kurma dan Madu mengandungi khasiat untuk kebaikan minda dan tubuh badan.

Selain daripada itu,makanan-makanan lain yang mengikut sunnah Nabi serta  baik untuk kecerdasan otak dan tubuh badan seperti kurma,kismis dan madu janganlah diabaikan.Kurma kaya dengan zat galian seperti potasium,kalsium dan zat besi yang boleh menguatkan darah merah selain mengandungi glukosa yang membekalkan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.Kismis mengandungi antioksida yang tinggi dan membantu mencergaskan minda,selain menguatkan saraf.Madu pula kaya dengan bahan mineral serta vitamin yang diperlukan tubuh badan.Hadis Rasulullah SAW bermaksud;'Hendaklah kamu sentiasa berubat dengan dua jenis penyembuh,iaitu madu lebah dan Al Quran'[Riwayat Ibnu Majah 20049]Adalah disyorkan makanan seumpama ini bagi menggantikan makanan ringan yang kurang berkhasiat demi kebaikan yang berterusan.


Air kosong  sangat penting untuk menyahtoksik dari tubuh badan

70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air.Kita disarankan untuk meminum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter atau bersamaan 8 gelas setiap hari.Banyak manfaat yang akan kita perolehi dengan amalan meminum air kosong seperti mengurangkan risiko pembentukan batu karang,mengurangkan rasa lapar dan sesuai untuk mereka yang ingin berdiet,menyahtoksik  dari tubuh badan,mencantikkan kulit selain mengurangkan mengantuk ketika belajar di dalam kelas!Adalah disyorkan,ibu bapa menyarankan anak-anak mereka untuk membawa botol  air yang besar berisi air kosong untuk manfaat mereka selain mengelakkan anak-anak meminum air manis di  kantin sekolah yang tinggi kandungan gula.




Comments

  1. penuh dengan isi-isi yang bermanfaat!
    teruskan usaha anda! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts