Kualiti Dengan Anak-anak






Berapa ramai di antara kita yang memanfaatkan musim cuti persekolahan dengan aktiviti pengukuhan rohani (dalaman) berbanding aktiviti fizikal (luaran) anak-anak?Sebahagian daripada kita mungkin telah merancang untuk melibatkan anak-anak dengan aktiviti kem-kem motivasi dan sahsiah,bina insan dan sebagainya yang lebih kurang begitu objektifnya.Sebahagian lagi mungkin telah merancang untuk membawa anak-anak pergi melancong ke tempat-tempat peranginan di dalam mahupun di luar negara.Mungkin juga ada yang terfikir untuk melibatkan anak-anak dengan aktiviti sosial dan sukarela seperti melawat ke Institusi warga tua,anak yatim dan sebagainya.Ada juga yang akan dibawa untuk pulang ke kampung halaman bertemu datuk dan nenek serta saudara-mara yang telah lama merindui kepulangan anak dan cucu.Tidak kurang pula yang hanya membiarkan cuti persekolahan untuk anak-anak memilih aktivitinya sendirian.


Walau apapun aktiviti yang dirancang,pastikan adanya 'ukuran kualiti' di situ.Mungkin dari segi 'ukuran kuantiti' kebersamaan kita dengan anak-anak sukar diubah dalam era serba 'materialistik' ini, yang memerlukan kita bekerja siang dan malam sehingga tiadanya kesempatan beramah mesra dengan anak dan keluarga.Firman Allah yang bermaksud,'Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar.'[Surah Al Anfal;8:28]Pergunakanlah sepenuh ruang dan kesempatan yang ada di musim cuti persekolahan ini untuk menebus kembali segala didikan dan asuhan yang mungkin kita terlepas pandang sebelum ini.Berkomunikasilah dengan anak-anak,dan ia suatu aktiviti yang sangat penting dan menurut kajian,komunikasi dari jenis bukan lisan lebih penting daripada komunikasi jenis lisan. 45% daripada komunikasi secara bersemuka adalah dicapai melalui bahasa tubuh badan.45% lagi dicapai melalui ekspresi muka sementara hanya 10% lagi dicapai melalui perkataan-perkataan yang disebutkan.Komunikasi bukan lisan bermaksud pandangan mata (eye contact),ekspresi muka,gerak geri,cara kita berpakaian,penampilan dan orientasi badan kita. ( www.aliqassem.com ) Selain ungkapan perkataan,dakap dan peluklah anak-anak kita setiap hari yang berpeluang supaya mereka merasakan kehangatan kasih sayang dari kedua ibu bapanya seterusnya menjadikan ikatan kekeluargaan bertambah erat.


Musim cuti persekolahan ini jugalah waktu yang sesuai untuk  memantapkan pengukuhan rohani dan jiwa anak-anak melalui idea dan teladan yang ditunjukkan oleh para ibu bapa.Contohnya,aktiviti solat berjemaah.Di dalam Al Quran ada disebutkan tentang pesanan Luqman kepada anaknya;'(Luqman berkata),Wahai anakku!laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu,sesungguhnya yang demikian termasuk perkara yang penting.'[Surah  Luqman 31:17]Betapa pentingnya solat di dalam memantapkan pengukuhan rohani dan jiwa anak-anak untuk dipraktikkan. Mungkin sewaktu bersama-sama mereka ketika menjalankan aktiviti yang telah dirancang,diselitkan sedikit sebanyak cerita-cerita bermotivasi tentang perjuangan para sahabat Nabi,kisah keruntuhan empayar Uthmaniyyah,mungkin juga persoalan-persoalan isu semasa yang mempunyai potensi untuk merangsang daya  fikir dan berimaginasi anak-anak secara kreatif dan inovatif.Berikan juga contoh-contoh pro dan kontra sesuatu perkara supaya mereka boleh membezakan di antara yang baik dan buruk,yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan.Bukankah itu lebih bermanfaat?Semoga percutian pada kali ini memberikan mereka kepuasan yang  terindah dan berkualiti untuk dikenang ;p






Comments

Popular Posts