Dunia Dan Kehidupan





'Kehidupan di dunia ini,hanyalah permainan dan senda gurau.Sedangkan negeri akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.Tidakkah kamu mengerti?'

[Surah Al An'am;6:32]


Apakah yang menarik hati kita tentang dunia yang mengasyikkan ini sehingga adakalanya,kita tersungkur ke lembah noda dan dosa?Mungkin kita terlupa,ada dua sisi dunia yang perlu kita fikirkan.Pertama dunia dari sisi pahala dan kedua,dunia dari sisi dosa.Dunia tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai destinasi persinggahan yang akan menentukan destinasi 'pilihan' terakhir yang kekal lagi abadi, samaada menuju ke syurga ataupun sebaliknya.Pilihan itu ada di tangan kita sendiri sebagai hamba-hambaNYA yang sentiasa diuji ini.Solusinya,apabila kita hendak melakukan sesuatu,impaknya terlebih dahulu menjadi ukuran yang perlu dititikberatkan dari sekecil-kecil  sehingga kepada sebesar-besar perkara.Berbaloikah hidup dan kehidupan ini jika di dunia yang sementara ini bermati-matian mengejar harta kebendaan semata-mata?Berbaloikah hidup dan kehidupan ini jika di dunia yang sementara ini terpesona dengan dosa berbanding pahala ?Allah telah mengingatkan kita tentang tipu daya dunia di dalam Surah Al Kahf yang bermaksud;'Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya,untuk kami menguji mereka,siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya.'[18:7]


Semoga kita tidak menjadi seperti Qarun yang ditimbus bumi bersama-sama harta kekayaannya akibat alpa dengan dunia materialistik sehingga melupakan hak dan tanggungjawabnya kepada Allah SWT.Berdoalah supaya menjadi seorang yang amanah dan berintegriti dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab Allah supaya hati-hati kita terdetik rasa takut dan berdosa kepadaNYA sebelum melakukan sesuatu yang salah dan haram,contohnya membeli sijil sakit (MC) semata-mata kerana malas bekerja,membawa balik harta-benda pejabat seperti alat tulis untuk kepentingan peribadi dan sebagainya yang nampaknya kecil dan remeh sahaja tetapi impaknya sangatlah besar dan akan dipersoalkan kelak oleh Allah SWT di sana nanti.'Ketahuilah,sesungguhnya milik Allah-lah apa yang ada di langit dan di bumi.Dia mengetahui keadaan kamu sekarang.Dan (mengetahui pula) hari (ketika mereka) dikembalikan kepadaNYA,lalu diterangkan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.'[Surah Al Furqan;25:64]Semoga kita menjadi hamba-hambaNYA yang menghampiri pahala yang akan mendekatkan  dengan syurga-syurga Allah yang lebih berkekalan abadi.Amin ;p

Comments

Popular Posts