1001 Fasal Durian





RAJA BUAH



'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bumi,betapa banyak kami tumbuhkan di bumi itu berbagai macam pasangan (tumbuh-tumbuhan) yang baik?Sungguh,pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah),tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.'[Surah Asy-Syu'ara' ;26:7-8]


Musim 'Raja segala buah' iaitu; durian bermula lagi.Di sana sini kita akan mendengar 1001 kisah tentang durian.Terdapat kepelbagaian klon durian seperti D24,D99,D123,D145,D158,D159,D169,D188,D189.D190 dan hampir 200 klon yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian.Nama saintifik durian perdagangan disebut sebagai 'Durio Zibethinus'.Durian memerlukan persekitaran yang panas dan lembab sama seperti yang terdapat di hutan tropika di mana asalnya durian.Durian dibiak secara tampang,iaitu secara cantuman dengan menggunakan pohon penanti yang rintang penyakit terutamanya penyakit Phythopthora iaitu menggunakan biji benih baka durian hutan Durio lowainus(Durian Daun).Tanaman durian biasanya mula mengeluarkan hasil 5 hingga 7 tahun selepas ditanam.Sila rujuk untuk maklumat lebih lanjut ;

http://www.doa.gov.my/html/themes/moa_doa/documents/manual_tanaman_MTDurian.pdf 


'Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira,mendahului kedatangan rahmatNya (hujan),sehingga apabila angin itu membawa awan mendung,Kami halau ke suatu daerah yang tandus,lalu Kami turunkan hujan di daerah itu.Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai macam buah-buahan.Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati,mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.'[Surah Al A'raf;7:57]



DURIAN BERSAMA SANTAN DAN PULUT



Selain dimakan begitu sahaja,boleh juga dimakan bersama santan dan pulut yang dikukus bersama daun pandan.Durian juga boleh divariasikan sebagai bubur atau pengat yang dimakan bersama roti putih atau biskut kraker.




DURIAN SEDAP DIMAKAN BEGITU SAHAJA


'Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah kami berikan kepadamu,dan janganlah melampaui batas,yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu.Barangsiapa ditimpa kemurkaanKu,sungguh,binasalah dia.'

[Surah Tha Ha;20:81]



Keistimewaan raja segala buah ini  berbanding buah-buahan import yang lain adalah dari aspek nilai dan khasiat pemakanannya yang lebih tinggi.Kandungan protein,lemak,karbohidrat,kalsium,vitamin A dan vitamin C yang lebih tinggi berbanding epal,pir dan anggur.Rasanya yang lemak-lemak manis telah menambat hati ramai penggemarnya tanpa mengira usia.




TEMPOYAK DAN LEMPUK


Untuk mengelakkan pembaziran,isi durian yang berlebihan boleh juga dibuat lempuk atau tempoyak.Lempuk dihasilkan melalui isi durian yang dimasak bersama gula pasir atau gula melaka dan dikacau di dalam kuali sehingga kental dan berwarna hitam.Setelah sejuk,bolehlah disimpan di dalam bekas dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja sebagai manisan.Teknik membuat tempoyak adalah menerusi proses pemeraman atau penapaian isi durian sehingga menjadi sedikit masam dan bahan ini digunakan sebagai penambah rasa dan pembuka selera bagi sesetengah masakan seperti 'masak lemak cili padi', atau dicampur ke dalam sambal belacan dan dimakan bersama nasi ketika panas.




DURIAN CREPE DAN ISINYA




Terdapat kepelbagaian resepi yang boleh dicuba sebagai pencuci mulut seperti 'durian crepe' contohnya.Rasa durian crepe sama seperti lempeng yang berintikan campuran 'whipping cream' dan isi durian yang dilenyek.Ianya sedap dimakan ketika sejuk.


'Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Ia telah mengadakan bagi kamu jalan-jalan lalu-lalang dan Dia juga telah menurunkan hujan dari langit.Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya.'

[Surah Taa Haa;20:53]




Comments

Popular Posts