Akauntabiliti Dengan Setiap Sen Dan Ringgit




Apabila kita bercakap soal kerja,apakah yang pertama sekali bermain di kotak fikiran kita?Adakah kita bekerja untuk mencari dunia atau bekerja untuk mencari akhirat?Apakah yang akan berlaku sekiranya kita hanya memikirkan tentang soal dunia tanpa memperdulikan soal akhirat?Bahagiakah kita?Setiap sen dan ringgit yang kita dapat akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Halalkah ia?Haramkah ia?Hanya kita yang boleh menjawabnya.Apakah kita benar-benar 'berakauntabiliti' dengan setiap sen dan ringgit yang kita perolehi?Dalam lapan jam kita bekerja mulai pukul lapan pagi sehingga pukul lima petang,adakah kita yakin sepenuhnya telah kita manfaat dengan sebaik-baiknya dan sejujur-jujurnya?Berdoalah kepadaNYA semoga darah daging yang mengalir di dalam tubuh dan keluarga kita adalah dari rezekiNYA yang halal dan terjamin keberkatannya.Firman Allah yang bermaksud,'Katakanlah (Muhammad)"Terangkanlah kepadaku tentang rezeki yang diturunkan Allah kepadamu,lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan sebahagiannya halal."[Surah Yunus;10:59]


Berbaloikah masa bekerja kita setiap hari jika dinisbahkan dengan pendapatan yang kita dibayar untuknya?Bersihkan dan sucikan setiap sen dan ringgit yang kita perolehi dengan bersedekah,berzakat dan sebagainya supaya setiap sen dan ringgit yang kita perolehi mendapat keberkatan disisiNYA.Semoga kita menjadi hamba-hambaNYA yang beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat dengan sebaik-baik ganjaran pahala yang diharapkan,Insya Allah.Firman Allah yang bermaksud,'Dan takutlah pada hari (ketika)kamu semua dikembalikan kepada Allah.Kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya,dan mereka tidak dizalimi(dirugikan).'[Surah Al Baqarah;2:281] 

Comments

Popular Posts