Sayangi Anak Yatim





'Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim,dan tidak mendorong memberi makan orang miskin.'[Surah Al Ma'un 107:1-3]


'Katakanlah,"Sungguh Tuhan-ku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNYA."Dan apa saja yang kamu infakkan,Allah akan menggantinya dan Dia lah pemberi rezeki yang terbaik.'[Surah Saba'34:39]


Apakah yang kita makan pada hari ini?Melihat kepada makanan yang kita makan itu,adakah pernah sejenak terlintas di fikiran tentang nasib anak-anak yatim di sekeliling kita?Bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat yang telah Allah kurniakan kepada kita sekeluarga kerana dilimpahi dengan 'kekayaan makanan'yang melimpah-ruah itu.Mungkin juga makanan yang telah kita hadamkan itu lengkap dengan segala nutrisi yang dianjurkan oleh pakar pemakanan di seluruh dunia.Cukup segala karbohidrat,protein,vitamin dan sebagainya.Alhamdulillah.Belajarlah juga untuk tidak membazirkan segala nikmat dan rahmat yang telah Allah berikan itu,sebaliknya berkongsilah segala yang kita nikmati dengan 'memperkayakan' amalan bersedekah kepada yang memerlukan seperti anak-anak yatim contohnya. 


Bagaimana pula dengan anak-anak yatim di sekeliling kita, yang entahkan makan,entahkan tidak?Rasulullah SAW bersabda,yang bermaksud:"Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap.Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki,maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan di antara jari telunjuk dan jari tengahnya."[Hadis Riwayat Ahmad]Semoga kita menjadi masyarakat yang lebih prihatin dan berkasih sayang sesama insan terutama golongan yang memerlukan perhatian dan pembelaan seperti anak-anak yatim dan fakir miskin umpamanya.Banyak atau sedikitnya sumbangan yang diberikan bukanlah menjadi ukuran penilaian Allah tetapi,keikhlasan jauh di hati sanubari adalah yang pertama sekali dipandang Allah SWT.

Comments

Popular Posts