Kuala Sepetang,Taiping


Walaupun warung Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang (Port Weld) terkenal dengan menu "mee udang special",tapi Hanania Hanin jalan-jalan cari ... "udang goreng tepung special".Harga untuk seberkas udang goreng tepung special ini cuma RM12 sahaja.Macam-macam menu ada,kebanyakannya berasaskan udang,contohnya selain mee udang special,ada juga mee goreng udang,kuehteow goreng udang dan nasi goreng udang serta lain-lain lagi,pendek kata tepuk dada tanya selera.Dibezakan dengan perkataan "biasa" atau "special".Dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga 10 malam kecuali pada hari Rabu.Alamatnya di Kampung Menteri Kuala Sepetang,34650 Taiping,Perak.Sesiapa yang menghala ke Utara,boleh la singgah,kata orang...jauh perjalanan luas pengalaman.


      Jom layan.... :)

Comments

Popular Posts