Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan
"Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan" karya Zulnaidi Yaacob ini merupakan sebuah tulisan
tentang motivasi.Buku ini sesuai untuk dijadikan
sebagai rujukan dan panduan di dalam mengharungi liku-liku sebuah kegagalan.Membacanya, memberikan sebuah motivasi dan inspirasi untuk seseorang bangkit daripada
sebuah kegagalan.Namapun sebuah kehidupan,sudah pasti terselit diantaranya
kegagalan demi kegagalan,namun janganlah itu dijadikan sebagai alasan untuk
terus meratapi diri dan terus berburuk sangka pada Tuhan.Kegagalan dikategorikan kepada beberapa bab,iaitu merangkumi kegagalan yang dekat dengan kita sebagai seorang manusia,kegagalan di sekolah,kegagalan di universiti dan kegagalan di dalam
cinta dan perhubungan.Hampir di mana-manapun,kita tidak pernah jauh daripada
kegagalan sebenarnya.Setiap kali kita jatuh,ingatlah dunia belum kiamat untuk
kita terus rebah!Tidak hanya kekuatan fizikal,malah merangkumi kekuatan
spiritual dan ilmu diperlukan dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan yang
mendatang.Bagi manusia yang yakin dengan Tuhan yang disembah,cabaran dan dugaan
hidup ini walau sesukar mana sekalipun ,tidak akan dirasakan berat daripada
kapas yang berterbangan.
Berdasarkan pengalaman dan episod kehidupan penulis yang juga,seorang anak jati Kelantan yang kini menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang,melalui kehidupan yang penuh rencah pahit dan manis serta pernah melalui suka duka sebuah kegagalan,pengalaman yang dikongsikan beliau menjadikan persembahan buku ini tampak hidup dengan watak-watak realiti yang membangkitkan kesedaran pada diri.Kegagalan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada pengalaman hidup.Janganlah menyalahkan diri sendiri diatas kegagalan tersebut.Kegagalan perlu diterima dengan rasional.Apa yang penting,bagaimana kita sebagai seorang manusia untuk menguruskan kegagalan tersebut dengan lebih berhemah dan bertanggungjawab.Yakinlah dengan ketentuan Tuhan yang sentiasa mengetahui yang terbaik untuk setiap hambaNya.Kadangkala,kegagalan sedikit dalam hidup sudah menjadikan kita kecewa berpanjangan sehingga terlupa dengan banyaknya nikmat hidup yang lain.Berdirilah sebagai seorang juara kerana kegagalan yang telah dilalui,sedang dilalui dan akan dilalui sebenarnya menjadikan kita sebagai seorang manusia yang sangat hebat! Buku terbitan 'mustread' ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran.Selamat membaca :)
Comments
Post a Comment