Kita Apa Yang Kita Fikirkan

Bersihkan hati untuk lebih rasa bahagia


Adakalanya,kita berasa sangat letih dan penat dengan karenah di sekeliling kita.Penat dengan 'date line' tugasan,dengan 'peperiksaan',dengan  perlakuan serta imej-imej insan-insan di sekeliling kita dan lain-lain lagi persekitaran yang menyumbang ke arah 'kelesuan minda dan motivasi'.Apakah yang harus kita lakukan sekiranya menghadapi bebanan akal dan fikiran sebegitu rupa?

Bukankah kehidupan ini suatu perjalanan yang dipenuhi dengan 1001 cabaran dan dugaan?Sejauh mana kita mampu berlari adalah bergantung kepada kekuatan emosi,hati dan perasaan kita.Ubahlah cara kita berfikir.Ubahlah segala perspektif /panorama negatif kepada perspektif/panorama yang positif.Tidak ada satu permasalahan pun yang tiada jalan penyelesaian.Berdoa.Beritahu hati,Tuhan sedang menguji kita dan Tuhan bersama-sama kita,Insya Allah ada petunjuk dan hidayahNYA di situ.

Kita tidak boleh sama sekali menyalahkan Takdir mahupun persekitaran dengan berkata 'kenapa begitu?' dan 'kenapa begini?'Tidak ada gunanya membuang masa dan tenaga serta fikiran kearah situasi yang langsung tidak melorongkan kearah penyelesaian.Sebaliknya,kenalpasti punca masalah dan carilah jalan penyelesaian dengan mengingatkan di dalam diri,segala apa yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya dan bersihkanlah hati dan perasaan kita daripada prasangka buruk atau tidak baik.Kita adalah apa yang kita fikirkan.Semakin positif yang kita fikirkan,semakin diluaskan rasa ketenangan dan kebahagiaan di hati dan perasaan kita.Semakin negatif yang kita fikirkan,semakin sesak dan sempit rasa ketenangan dan kebahagiaan yang bersarang di hati dan perasaan.Bukankah hanya melalui ketenangan dan kebahagiaan sahaja kita mampu berlari tinggi mencapai segala impian,harapan dan cita-cita samaada di dunia mahupun di akhirat nanti?

Terimalah segala apa jua dugaan dan cabaran walaupun sangat sukar dengan redha dan rasa syukur kerana jika kita redha dan bersyukur,sebagaimana yang telah dinyatakan dalam tulisan sebelum ini,segala yang pahit akan terasa manisnya.Hidup dan kehidupan adalah sebuah rahmat dan nikmatNYA yang sangat indah untuk diterokai,jangan terlalu mudah untuk berputus asa dan menyerah kalah !

Comments

Popular Posts