Sebuah Kisah Tentang Erti Bersyukur

Sebuah novel dari kisah benar


Sinopsis novel adaptasi dari sebuah 'kisah benar' tulisan Sanie B.Kuncoro berjudul 'Ma Yan' memang sesuai  dijadikan sebagai santapan minda untuk membangkitkan rasa 'bersyukur' di dalam hati.Buku kecil berharga RM 16 di Semenanjung Malaysia dan RM 18 bagi Sabah dan Sarawak begitu menyentuh hati dan perasaan untuk dilukiskan dengan kata-kata.

Kisah seorang gadis di perkampungan terpencil,Zhangjiangshu,China.Kisah kemiskinan yang menguji ketabahan seorang budak perempuan yang terpaksa bersabung pahit manis,onak duri sebuah kehidupan demi sebuah 'cita-cita' di zaman anak lelaki lebih diutamakan daripada anak perempuan.Pengorbanan yang tidak mengenal erti sebuah penat lelah dan perit jerih keringat yang mengalir.Adakalanya,dia terlupa tentang rasanya kenyang kerana telah terbiasa dengan makna sebuah kelaparan.

Pengorbanan ibu yang terlalu mahal untuk memastikan anak perempuan sulungnya berjaya mengejar pelangi impian.Hakikatnya,dengan memaknakan erti 'KESYUKURAN' mereka berjaya mengharungi asam garam kehidupan sehingga beroleh sebuah 'KEJAYAAN'.

Betapa hebatnya erti 'bersyukur' demi sebuah kehidupan,kebahagiaan,kejayaan dan cita-cita....
Alhamdulillah........



Comments

Popular Posts