Tuhan Yang Pertama Di Hati

Setenang mata yang memandang


"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seorang melakukan pekerjaannya, dia akan memperbaikinya (iaitu melakukan dengan sebaik-baiknya.)" Riwayat At Thabrani.


Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan,lakukanlah pekerjaan tersebut dengan sebaik-baiknya dan dengan sepenuh keikhlasan di hati kerana hasilnya akan membuatkan hati terasa tenang dan bahagia.Prinsip kita mudah sahaja,letakkan Tuhan di hati dan  Tuhan adalah 'auditor' yang sentiasa akan menyemak hasil kerja kita.Baik buruk hanya Tuhan yang tahu.Apabila Tuhan yang pertama di hati,maka percayalah,apa sahaja yang kita lakukan adalah kualiti yang terbaik pernah kita hasilkan.Niatkan di dalam hati apa sahaja yang kita lakukan kerana Tuhan.

Bahagiakah hati kita sekiranya 'maha karya' yang hendak kita persembahkan kepada Tuhan adalah kerja-kerja 'cincai' ?Cincai adalah akibat seseorang itu tidak meletakkan Tuhan adalah yang pertama di hati.Tuhan adalah 'penilai pertama' yang akan menilai 'prestasi kerja' hamba-hambaNYA.Apa sahaja yang terbaik yang pernah kita lakukan,percayalah...maka yang 'terbaik' jugalah balasannya.Apa yang penting,'amanah' yang kita pegang mestilah disempurnakan dengan penuh 'akauntabiliti'.Sesuai dengan firman Allah yang menyebut,'Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan'.(al-Taubah 9:105)

Jika kita meletakkan Tuhan yang pertama di hati,sebenarnya secara tidak langsung ia telah mendidik jiwa-jiwa kita untuk lebih berdisiplin dalam perlaksanaan setiap tugasan.Tidak akan wujud penyelewengan demi penyelewengan kerana kita sentiasa percaya,diri dalam pengawasanNYA luar dan dalam,malahan apa sahaja yang kita lakukan mempunyai nilai sama ada 'pahala' ataupun 'dosa'.Kita juga akan melakukan sesuatu perkara dengan meletakkan 'keikhlasan' sebagai nilai yang tertinggi kerana setiap yang kita lakukan bukanlah diatas rasa keterpaksaan sebaliknya,diatas nawaitu 'Kerana Tuhan'.

Semoga kita menjadi hamba-hambaNYA yang bermotivasi dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dan mendapat rahmat serta keampunan dariNYA :)



Comments

Popular Posts