Redha Untuk Bahagia



Ada orang yang bahagia.
Ada orang yang tidak bahagia.
Memang sudah lumrah,
 apa sahaja di dunia ini pasti diTakdirkan berpasangan. Contohnya, ada suka dan ada duka.
Ada pahit dan ada manis.
Ada seronok dan ada tidak seronok.
Ada gula dan ada garam...

Apakah kata kunci untuk bahagia?
Kadang-kadang kita lihat, ada orang yang kaya raya, tetapi tidak bahagia.
Sebaliknya, ada orang yang miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi bahagia.
Ada orang yang berstatus tinggi tetapi tidak bahagia.
Ada orang yang biasa-biasa sahaja tetapi tetap bahagia.
Apakah yang membezakan di antara mereka yang bahagia dan mereka yang tidak bahagia?

REDHA.
Perkataan inilah yang akan membezakan diantara mereka yang bahagia dan tidak bahagia. Apabila kita redha bermaksud kita menerima dengan berlapang dada segala ketentuan yang telah diTakdirkan untuk kita walau sebesar manapun musibah yang melanda. Kita tenang dan sabar menghadapinya walau sehebat-hebat dugaan dan cabaran yang begitu menggoncang hati dan perasaan kita. Kita masih tetap bersyukur mengucapkan Alhamdulillah.

Musibah apapun yang melanda kita anggap ia sebagai satu ujian  kerana Allah menguji hamba-hambaNYA mengikut kemampuan. Apabila kita redha, musibah yang pahit akan terasa manis. Tatkala itu, fikiran yang kusut akan menjadi setenang air yang mengalir dan Insya Allah,aura-aura yang positif akan memantulkan jalan penyelesaian yang terhijab dalam mengharungi musibah yang menimpa. Laluan kita dari zon yang dipenuhi kesulitan akan dipermudahkan oleh Allah dalam menemui zon kebahagiaan kerana kita REDHA menerima segala ketentuan dariNYA yang sekadar menguji.

Redhalah untuk lebih bahagia...


Comments

Popular Posts