Emping Beras Pulut vs Emping Jagung

SAWAH PADI


'Rasanya liat-liat sedikit apabila dikunyah,berlemak kerana diadun bersama kelapa parut,ada manis-manis dan sedikit masin.'





Emping beras pulut mungkin boleh dikatakan sebagai salah satu makanan tradisi yang semakin 'lapuk ditelan zaman'.Untuk menghasilkan emping beras pulut,padi yang baru mulai hendak masak kekuning-kuningan di hujungnya dikerat atau diketam.Selepas ditampi dan dibuang hampa yang tiada isinya,maka isi padi yang tinggal digoreng dan dikaup serta dimasukkan kedalam lesung panas-panas untuk ditumbuk supaya menjadi leper.Lagenda emping beras pulut boleh didapati di negeri-negeri 'Jelapang Padi' seperti di utara tanah air atau di sebelah pantai timur.Cara penyediaannya (asas) tidaklah sesukar mana,emping beras pulut tadi digaulkan dengan parut kelapa bersama gula dan sedikit garam.Ada juga lain-lain versi penyediaan mengikut citarasa masing-masing mengikut daerah atau negeri.Keenakannya,walaupun tidak sepopular cornflakes,tetapi nilai nostalgia menikmatinya membuatkan kita teringat kepada sukarnya kehidupan seorang petani yang bersawah bendang membanting tulang empat kerat mengerah peluh dan keringat demi sesuap nasi.



EMPING BERAS





Comments

Popular Posts