ERTI HIDUP PADA YANG MEMBERI


Apakah rezeki kita akan berkurangan dengan memberi atau berkongsi segala nikmat dan rahmat dariNYA itu?Perumpamaan ini perlu dijawab dengan membayangkan sebiji kek yang besar yang dibahagi-bahagikan sama rata diantara satu sama lain.Bukankah setiap daripada mereka dapat merasai kelazatan makanan itu walaupun sedikit tetapi keberkatannya tetap ada.Bukankah itu lebih baik daripada membiarkan ada diantara mereka yang kelaparan dan menghampiri kukufuran?Rasulullah S.A.W berfirman 'Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan.'(Riwayat Muslim)

Kadang-kadang kita terlupa untuk berkongsi walaupun sedikit.Rasulullah S.A.W.bersabda,yang maksudnya;'Makanan dua orang cukup untuk tiga orang,dan makanan tiga orang cukup untuk empat orang.'(Riwayat al-Bukhari)Tidak wujud istilah tidak cukup atau masih lapar kerana Allah menjanjikan keberkatan yang membuatkan kita rasa kenyang dan mencukupi.

Sebenarnya konsep memberi dan berkongsi ini tidak terhad hanya kepada makanan sahaja,tetapi apa sahaja yang kita miliki yang masih elok dan sebaik-baik pemberian adalah yang masih boleh digunakan lagi.Contohnya,kita masih mempunyai pakaian baru yang disimpan 'bersusun-susun' di dalam almari.Bukankah lebih baik diberikan kepada mereka yang kurang mampu untuk dimanfaatkan daripada dibiarkan lama di dalam almari sehingga reput?

Didiklah anak-anak kita pada hari ini untuk bersyukur dengan apa yang ada serta tidak kikir dan kedekut dalam memanfaatkan segala kelebihan yang ada melalui konsep memberi dan berkongsi ini.Secara tidak langsung,kita turut menerapkan budaya tidak membazir di dalam jiwa anak-anak ini.Mungkin kita boleh mulakan dengan mengingatkan kepada mereka supaya mengambil makanan sewaktu makan dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu supaya tidak wujud sisa-sisa yang boleh dinisbahkan sebangai pembaziran.Tidak ada salahnya dengan memasak lebih supaya dapat disedekahkan kepada jiran tetangga.Bukankah ia dapat mengeratkan  ukkhuwah dan silaturrahim?

Percayalah,apa sahaja perkara yang baik yang pernah kita lakukan,pasti Allah membalasnya dengan kebaikan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.Hati kita juga akan sentiasa tenang dan bahagia kerana kita telah terlebih dahulu membahagiakan insan-insan di sekeliling kita yang kurang bernasib baik.Insya Allah...



Comments

Popular Posts