DUNIA TANPA SEMPADAN

Imran Khan - Ketua Parti Tahreek-e Insaf ,Pakistan
 dan bekas kapten pasukan kriket negaranya

Saya tertarik dengan komentar yang dilontarkan oleh Imran Khan tentang sains dan teknologi (Seperti dalam Perspektif,Utusan Pengguna,Julai-Ogos ms 18).Menurut Imran Khan,betapa derasnya arus sains dan teknologi dan sungguhpun melalui sains dan teknologi telah berupaya merungkai pelbagai masalah dan persoalan namun, terdapat dua persoalan yang tidak akan mampu dijawab oleh sains dan teknologi iaitu,
  1. Apakah tujuan kewujudan kita(manusia)?
  2. Apakah yang akan berlaku kepada kita(manusia)setelah mati?
Persoalan-persoalan tersebut selalunya akan membuatkan kita insaf dan alangkah indahnya sekiranya di dunia ini kita mampu melakukan sebanyak-banyak amalan yang diredhai Allah buat bekalan di akhirat nanti.Di era 'gajet tanpa wayar' yang hanya 'maklumat di hujung jari' ini,terlalu banyak perkara yang perlu kita tapis baik buruknya sebelum boleh diterima pakai.Bukanlah menjadi satu kejanggalan lagi apabila melihat kanak-kanak bersama i Pad nya ke hulu dan ke hilir.Kita tidak boleh menghalang dan menyekat kepesatan teknologi tetapi kita perlu bijak 'mengambil kesempatan' dan peluang dengan memanfaatkan teknologi komunikasi tersebut untuk kepentingan ilmu dan pengetahuan yang berupaya menjana akal dan minda supaya kembali ke arah 'budaya berfikir'.

Pada hari ini,akibat kebergantungan kepada alatan dan perkakasan komunikasi moden serba canggih ini,secara tidak langsung,generasi kita telah diserang dengan 'virus' kejumudan dan kebekuan minda untuk menaakul dan berfikir.Adakalanya,maklumat diperolehi berdasarkan 'copy and paste'.Tidak perlu lagi bersusah payah membelek buku-buku ilmiah yang ditulis berdasarkan kajian para sarjana dan ilmuan yang penuh akademik itu.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan juga masyarakat untuk mendidik generasi muda supaya lebih bertanggungjawab dalam mengaplikasikan keunggulan sains dan teknologi supaya suatu hari nanti kita tidak terbeban dengan masyarakat yang hanya mencintai kebendaan materialistik melebihi cintakan ilmu pengetahuan.

Semoga sains dan teknologi menjadikan kita semakin hebat denganNYA dan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda di dunia dan di akhirat,Insya Allah :)

Comments

Popular Posts