Bersyukur Untuk Lebih Bahagia






Kalau hari ini,hati kita tidak berasa bahagia...cuba kita pejam mata dan fikirkan,apakah perkara-perkara yang membuatkan hati kita berasa tidak bahagia?

Adakah kita tidak bahagia kerana kita tidak mendapat apa yang kita impikan?Contohnya,pada hari ini kita masih menggunakan alat dan perkakasan dapur yang kita anggap sebagai 'out of date?'Sedangkan jiran-jiran sekeliling telah menggunakan peralatan yang lebih 'up to date'.

Kita tidak memandang sesuatu pemberian Tuhan itu dengan rasa bersyukur dan berterima kasih walaupun pemberian itu dari sekecil-kecil perkara sampailah kepada sebesar-besar perkara.Apapun yang kita perolehi melalui kurniaan Tuhan,percayalah...itu merupakan 'anugerah' yang tidak ternilai untuk disyukuri.Dengan bersyukur,nikmat yang kecil terasa besar.

Kadang-kadang sebagai manusia,kita terlupa,kita terlupa dan terlupa...

Kita terlupa untuk mensyukuri nikmat dan rahmat Allah,kerana kita asyik membandingkan apa yang telah kita miliki dengan mereka yang jauh di atas kita,sedangkan mata dan telinga kita enggan melihat dan mendengar keluh-kesah mereka yang jauh di bawah kita yang hidupnya ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.

Kenapa kita tidak membuat perbandingan sebegini,contohnya...

Sekurang-kurangnya,saya masih ada 'periuk pengukus biasa' walaupun saya tidak mampu memiliki 'microwave'.Ada orang yang tidak mampu memiliki periuk pengukus biasa apatah lagi untuk memiliki microwave.Nasib saya boleh dikira baik.Syukur Alhamdulillah.

Semoga kita menjadi hamba-hambaNYA yang lebih bermotivasi dengan sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmatNYA serta tanamkan di dalam hati,Allah pasti akan meluaskan 'pemberianNYA' untuk hamba-hambaNYA yang tahu bersyukur.

Bukankah dengan bersyukur akan membuatkan hati-hati kita lebih bahagia?

Comments

Popular Posts