Check List





‘Senarai Semak(Check List)bertujuan menyenaraikan nikmat dan rahmatNYA untuk mendidik hati-hati manusia supaya merasa kerdil di hadapan Allah, kerana sesungguhnya terlalu luas nikmat dan rahmat itu sehingga tidak mampu disenaraikan dan diharapkan kita berupaya menganalisa tahap kesyukuran kita kepada Allah dengan sebesar-besar kesyukuran selain mengaudit kualiti amalan diri kita sendiri dengan sejujurnya.’

Terlalu banyak nikmat dan rahmatNYA untuk disyukuri.Oksigen yang kita sedut setiap hari tanpa gagal,nyawa yang kita perolehi,kesihatan yang kita dapati.Apakah semua nikmat dan rahmat ini kita perolehi dengan bayaran yang tinggi seperti mana kita terpaksa membayar harga sebuah insuran?Sudah tentu tidak kerana apa yang Allah S.W.T.kurniakan adalah secara PERCUMA tanpa sesen bayaran pun yang perlu kita lakukan.

Kita cuma perlu menadah kedua telapak tangan dengan rasa rendah diri dan rendah hati setiap hari untuk menyatakan KESYUKURAN kita kepadaNYA.'Alhamdulillah...terima kasih Tuhan',supaya hidup kita lebih diberkati dan bahagia.Sekiranya kita  berkemampuan,berkongsilah segala nikmat dan rahmat Allah untuk mereka yang kurang berkemampuan supaya tiada yang berasa terpinggir,malahan diharapkan dengan bantuan tersebut,akan membenihkan rasa kesyukuran di hati-hati mereka tersebut supaya jauh dari rasa kekufuran.Insya Allah...


Comments

Popular Posts