Lima Perkataan Yang Melambangkan Tidak Bersyukur Dalam Rumahtangga
Tadi sempat dengar IKIM FM,ustaz ada sebut 5 perkataan yang melambangkan tidak bersyukur di dalam rumahtangga dan sekiranya kita atau pasangan kita ada menyebutkan perkataan-perkataan tersebut,maka...ada baiknya kita bermuhasabah dan beristighfar supaya kebahagiaan menjadi milik kita yang berkekalan,Insya Allah....
- Langsung Tidak Pernah ~ Contoh: 'You ni langsung tak pernah tolong i lipat baju.' ( Walaupun sebenarnya ada banyak lagi pekerjaan lain yang pasangan kita tolong buatkan seperti membasuh baju,mencuci tandas,mencuci kereta dan sebagainya.)
- Siapa Suruh??? ~ Contoh: 'Padan muka you,siapa suruh you pandai-pandai cuci tandas?maid kan ada.' ( Apabila pasangan kita mengeluh penat contohnya sebab melakukan kerja-kerja rumah tetapi kita tidak mengucapkan terima kasih kerana dia sudi menolong )
- Perbandingan ~ Contoh: 'You tak pernah pun nak pegang tangan i bila keluar sama-sama.Cuba you tengok Cik Gayah dengan hubby dia,romantik sangat.Tak macam you!' ( Membanding-bandingkan karektor pasangan kita dengan karektor orang sekeliling walaupun pasangan kita punya keistimewaan lain yang berbeza,contohnya sangat baik melayan karenah anak-anak )
- Ayat Komen ~ Contoh: 'Darling,i tengok badan you makin lama makin kembung,dulu slim macam gitar.Kenapa ni?' ( Komen-komen negatif yang sengaja dilemparkan setelah bertahun-tahun melayari bahtera rumahtangga dan kita tidak pula melihat dengan mata hati sebab-sebab perubahan itu berlaku setelah mempunyai anak-anak dan membesarkan anak-anak dengan serba kepayahan )
- Tidak Menghargai ~ Contoh: 'I tak suka la you bagi lipstik murah macam ni sempena birthday i' ( Tidak mengucapkan Alhamdulillah atau terima kasih walaupun menerima pemberian yang tidak kita gemari atau harapkan.Tidak bersyukur dan tidak menghargai )
Hindarilah 5 perkataan diatas di dalam rumahtangga.Ucapkan perkataan Syukur Alhamdulillah dan terima kasih dengan setiap kekurangan mahupun kelebihan kerana dengan bersyukur,yang kurang akan terasa nikmatnya.Belajarlah untuk menghargai pasangan dan terimalah dengan redha segala kekurangan dan kelebihannya supaya kita diantara pasangan yang paling bahagia :)
Comments
Post a Comment