Makanan Fizikal Vs Makanan Rohani







Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan `makanan fizikal` sehingga kita melupakan `makanan rohani`.Apakah perbezaan makanan fizikal dan makanan rohani?Apabila kita bercakap tentang makanan fizikal,maka persoalan ini harus terlebih dahulu dijawab;'hidup untuk makan atau makan untuk hidup?'Kadang-kadang kita terlupa perut kita ini mempunyai tiga ruang untuk diisi iaitu;makanan,air dan udara.Harap bukan untuk makanan semata-mata memenuhi ruang-ruang tersebut kerana dikhuatiri akan mendekatkan tubuh badan dengan ancaman penyakit dan sesuai dengan hadis Nabi saw yang bermaksud : “Yang terlebih Afdal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”. 

Kita terlupa langsung untuk bercakap tentang makanan rohani.Makanan rohani sangat penting untuk membersihkan hati daripada penyakit-penyakit hati yang bersifat mazmumah(sifat-sifat yang tidak baik dan terkeji) serta mendekatkan kita dengan sifat-sifat mahmudah(sifat-sifat yang baik dan terpuji).Peruntukan,dalam hidup kita ini mesti mempunyai masa untuk mengaji Al Quran,berzikir,membaca hadis-hadis nabi dan sebagainya selain daripada ibadah-ibadah wajib seperti solat 5 waktu umpamanya yang dapat mengingatkan kita kepada Allah SWT supaya hati-hati kita dihiasi dengan ketenangan dan kebahagiaan yang terasa luasnya.Insya Allah.

Comments

Popular Posts