Sayangi Wanita
Berikan wanita yang anda sayangi dengan kuntuman ros merah ya ,sebagai lambang kasih dan sayang anda.... |
Salah satu isu menarik yang dilontarkan Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia bersempena upacara konvokesyen ke-46 sidang ke 7,menyebut 'Sayangi Wanita'.Tan Sri Dato' Dr.Jegathesan Manikavasagam dalam perutusannya, memaknakan wanita sebagai seorang insan yang hebat, bersusah payah bertarung nyawa melahirkan anak dan memberikan didikan yang sempurna sehingga anaknya dewasa.Wanita perlu diraikan dengan menyayangi dan mengasihinya.Sekiranya wanita dihargai,tidak akan berlaku kes-kes seumpama melahirkan anak luar nikah,dirogol dan sebagainya.Beliau merujuk kes seorang wanita yang membuang anaknya dari tingkat atas bangunan sehingga menyebabkan kematian bayi tidak berdosa itu.Apakah puncanya sehingga wanita yang dianggap sebagai seorang insan yang lemah lembut dan kaya dengan sifat pengasih dan penyayang itu sanggup memperlakukan darah dagingnya sebegitu rupa?Beliau mengajak kita sebagai anggota masyarakat untuk melihat dan menilai peranan masing-masing dalam kes-kes seumpama ini.Adakah kerana sikap kita sebagai salah seorang daripada anggota masyarakat yang hanya bertindak sebagai seorang 'penghukum' semata-mata sehingga remaja perempuan berusia awal 20-an itu menjadi ketakutan dan bertindak di luar kewarasan?Adakah dengan sikap kita sebagai anggota masyarakat yang sentiasa 'melabel' dan 'menghukum' dosa-dosa keterlanjuran ini sehingga meningkatnya gejala pembuangan bayi yang tidak berdosa dan apakah peranan yang sepatutnya sebagai anggota masyarakat untuk menamatkan gejala yang tidak bermoral tersebut.Marilah sama-sama kita bermuhasabah dan fikir-fikirkan.Adalah lebih baik untuk mencari jalan penyelesaian daripada hanya tahu menyalahkan dan menghukum.
Comments
Post a Comment