Cinta Yang Pertama


Allah cinta yang teragung dan pertama di hati


Cinta siapakah yang kita puja di dunia ini sehingga akhirnya sangat mengecewakan?Suami kepada isteri dan isteri kepada suami?Apabila kita meletakkan hati dan perasaan bernilai 100% untuk mencintai dan dicintai mereka yang bernama manusia,maka keputusannya; kita juga akan mendapat kekecewaan bernilai 100% sekiranya cinta itu tidak mencapai 'standard' dan 'piawaian' yang kita harap-harapkan.Kira tinggi sangat kot harapan tu?(Dikira sebagai berbaloi-baloi jugalah,hurmmm?)Bukankah cinta itu buta?atau kitakah yang buta kerana cinta? :D


Adakah kita benar-benar pasti cinta yang kita puja itu tidak akan 'berubah?'.Hati bukan kristal?Bukankah hati dan perasaan manusia mudah berubah-ubah?Mungkin hari ini dia menyayangi dan mencintai kita 99%,esok mungkin 95% dan lusa mungkin 101%.Bila ada konflik atau ribut taufan yang melanda, mungkin boleh jatuh menjunam lagi ke tahap paling bawah, 55%.Macam mana ya?;p


Janganlah 'mati' kerana cinta seperti cinta Laila dan Majnun.Belum tentu juga dia dapat membina 'Taj Mahal Cinta' nya untuk kita.Didiklah hati dan perasaan kita untuk meletakkan ALLAH SWT sebagai cinta teragung yang pertama di hati.Tempat kedua pun belum layak untuk si dia ya...Tempat yang kedua,tidak lain tidak bukan,untuk nabi junjungan kita; Nabi Muhammad SAW yang telah banyak berkorban harta,darah hatta nyawa sekalipun demi menyebarkan Islam.Malah sehingga ke akhir hayat baginda juga,bibirnya tidak lepas  dari menyebut perkataan 'umatku'.Begitu besarnya kasih dan sayang baginda terhadap kita,umatnya yang cukup bertuah ini.


Daripada Abu Hurairah,Rasulullah SAW bersabda ,"Pada hari kiamat Allah berfirman;Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganku?Pada hari ini tiada naungan selain dari naunganKu ini,Aku menaungi mereka dengan naunganKu."


Sebenarnya,apabila kita meletakkan Allah yang pertama,kita mengharapkan kasih dan sayangnya yang pertama  dan kita memberikan kasih dan sayang kita juga yang pertama untukNYA melebihi segalanya,percayalah,hati dan perasaan kita akan luas dengan rasa ketenangan dan kebahagiaan.Jauh dari rasa kecewa dan putus harapan.Bukankah hidup dan mati kita hanya untukNYA?Berusahalah untuk mencintai Allah dan RasulNYA supaya kita menjadi insan yang tabah dan cekal spiritual dan rohaninya dalam menangani cinta manusia yang serba tidak sempurna itu.Apabila kita berjaya mendahulukan cinta kepada Allah,kita pasti tidak akan dikecewakan dengan kegagalan mencintai dan dicintai manusia.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


P/S ---->Mencintai Allah dan RasulNYA bermakna melakukan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala larangannya.

Comments

Popular Posts