Budaya Membaca



Budaya membaca mestilah dipupuk semenjak kecil bak kata pepatah;melentur buluh biarlah dari rebungnya.Membaca tidak hanya dapat mengisi kekosongan waktu tetapi juga berupaya mengasah ketajaman minda dan daya berfikir seseorang.

Semakin banyak membaca,semakin banyak ilmu yang diperolehi.Terdapat pelbagai kaedah untuk mengasah budaya membaca di kalangan ahli keluarga contohnya,dimulai dengan membelikan buku-buku bergambar yang berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka dan seterusnya membajai kecintaan mereka yang berterusan terhadap bahan bacaan melalui sikap ibu bapa sendiri yang perlu mempraktikkan budaya membaca setiap kali bersama ahli keluarga ketika di rumah mahupun jika berkelapangan.

Sediakan juga sebuah rak buku yang tersusun dengan pelbagai koleksi buku-buku yang berfungsi sebagai perpustakaan mini di rumah supaya amalan membaca menjadi satu kewajipan bagi ahli keluarga contohnya.Apabila di dalam kereta,pastikan kita membawa beberapa buah bahan bacaan supaya dapat diisi dengan pembacaan di sepanjang perjalanan supaya ahli keluarga terutamanya anak-anak tidak bosan dan mendapat manfaat darinya.Hadiahkan juga ahli keluarga dengan buku-buku yang diminatinya sempena ketibaan hari istimewa seperti hari lahir .Jika berkelapangan di waktu cuti,tidak ada salahnya menghabiskan masa di perpustakaan awam bersama ahli keluarga supaya mereka dapat menerokai pelbagai ilmu pengetahuan melalui pembacaan di sana.Semoga dengan membaca,kita menjadi manusia yang tidak rugi dan berupaya mengambil faedah sebanyak-banyaknya melalui bahan bacaan yang menjadi santapan minda dan rohani sehari-hari.

Comments

Popular Posts