Kerja Oh Kerja !



Apabila kita bekerja,mood dan motivasi sangat mempengaruhi prestasi kerja.Baik juga sebelum kita masuk kerja,kita tinggalkan terlebih dahulu segala permasalahan peribadi kita di luar.Tolong jangan bawa masuk segala masalah yang negatif,yang mempengaruhi mood dan motivasi kita.Selepas kita parking kereta,set siap-siap dalam fikiran;'hari ini adalah lebih baik dari semalam'.Bila kita keluar,kuncikan segala masalah yang mengganggu fikiran di dalam kereta.Melangkah masuk punch kad,terus niat;'segala kerja yang kita lakukan hanyalah kerana Allah'.

Sebenarnya,akal dan fikiran kita adalah pusat untuk mengawal emosi kita bagaimana cara kita untuk seronok dalam bekerja.Kalau kita sendiri memang telah set tak seronok,maka tak seronoklah jadinya kerja tersebut.Itu sebab kita sendiri mesti kuatkan hati dan perasaan dengan membayangkan keseronokan dalam bekerja.Setiap pekerjaan yang ikhlas dari hati akan menerbitkan pahala dari Allah.

Bergaullah dengan rakan-rakan yang positif yang membuatkan kita seronok untuk bekerja.Sebenarnya,pergaulan dengan rakan-rakan sekerja yang positif juga akan membuatkan kita terdorong ke arah yang positif.Bayangkan kalau kita mempunyai rakan-rakan yang sentiasa mendorong kita ke arah yang baik,maka baiklah jadinya,jika kita berkawan dengan mereka yang negatif,maka negatiflah jadinya.Pemilihan rakan sekerja sangat penting dalam menentukan prestasi dan kualiti kerja kita.

Wujudkan persekitaran yang mendorong semangat kita,contohnya meletakkan kata-kata motivasi di dalam 'locker' atau di atas meja kita.Pastikan juga ada Al-Quran serta beberapa buah koleksi buku-buku motivasi untuk dibaca dan dihayati supaya ketenangan sentiasa di hati.Setiap kali kita membuka locker tersebut,kita akan membaca kata-kata motivasi tersebut berulang-ulangkali sehingga ia meresapi jiwa dan perasaan kita.Secara tidak langsung,ia mendorong mood dan motivasi kita ke arah yang lebih baik.

Hindari perkataan-perkataan yang negatif seperti 'tak boleh','malaslah',tak tahu','bukan kerja saya' dan lain-lain lagi perkataan yang mendorong kita kearah stress.Kita belum pun cuba,belum pun mula untuk lakukan sesuatu pekerjaan,kita telah mengalah.Perkataan-perkataan negatif sebegini hanya mempengaruhi mood dan motivasi kita untuk seronok bekerja.Kita mesti berani untuk mencuba sesuatu yang 'bernilai' untuk kepentingan pekerjaan kita dan jangan takut untuk mencuba perkara baru supaya kita lebih bermotivasi dan seronok bekerja.

Semoga kita seronok bekerja dengan tips-tips tersebut dan perbaharuilah minda dan fikiran kita untuk berfikiran positif sentiasa supaya tindakan kita juga selaras dengan apa yang kita fikirkan :)



Comments

Popular Posts