Mengadulah pada Allah


Doa adalah makanan jiwa


Apabila hati dan perasaan kita ditimpa ujian yang mendukacitakan,adalah lebih baik kita mengadu kepada Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang daripada kita meluahkan status kegusaran kita di laman-laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.Tidak perlu juga kita meluahkan sembarangan kepada manusia kerana Allah yang lebih Maha Mengetahui.


'Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu ( Muhammad ) tentang aku,maka sesungguhnya aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU.Hendaklah mereka itu memenuhi ( perintah ) KU dan beriman kepadaKU,agar mereka memperolehi kebenaran.'
[Al Baqarah ;186]


Doa adalah senjata orang mukmin.Allah SWT tidak akan menghampakan mereka yang berdoa dan berserah sepenuh hati dan perasaan kepadaNYA.Dalam menghadapi ujian di dunia ini,yakinlah dengan firman Allah yang bermaksud;


'Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya.'[Al Baqarah ;286]


Hanya dengan kesabaran,kita akan menjadi seorang insan yang cekal dan tabah dalam mengharungi apa jua ujian yang telah diTakdirkan dan berdoalah kepadaNYA supaya dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.Semoga kita menjadi hamba-hambaNYA yang paling bertakwa di sisiNYA.Berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Comments

Popular Posts