Antara Yang Remeh Dan Yang Temeh




Dalam kehidupan yang serba kompleks ini,masa berlalu begitu cepat.Kadang-kadang rasanya macam terkejar-kejar sahaja.Kadang-kadang rasa macam nak buat itu dan nak buat ini.Kadang nak bergossip...kadang nak bersembang.Atau nak juga pergi masjid dengar kuliah.Mengaji Quran.Walaupun semua orang Allah berikan 24 jam yang sama tetapi rasa-rasanya macam tak cukup sahaja?Tetapi...tunggu dulu,apakah perkara-perkara yang mesti diutamakan?Bukan lagi masalah cukup atau tidak cukup tetapi,kita kena tanya begini:berkualiti atau tidak berkualiti kehidupan yang telah kita lalui dalam 24jam tadi?

Kalau boleh disenaraikan,silalah buat senarai apakah perkara-perkara yang telah kita lalui dalam tempoh 24 jam yang telah dikurniakan itu kepada kita.Apakah perkara-perkara itu ber'pahala' atau ber'dosa?'Atau dengan bahasa yang lebih molek,apakah perkara-perkara tersebut positif(+) atau negatif(-)?

Sesetengah orang suka buat jurnal dengan mencatatkan pro(baik) dan kontra(tidak baik) yang telah dilakukan dari awal pagi selepas bangun tidur sampailah malam hari nanti waktu hendak masuk tidur.Selepas itu,pejamkan mata perlahan-lahan dan bermuhasabah dengan penuh rasa insaf.Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Bagi seseorang yang sangat menghargai dan komited dengan masanya,dia sangat mementingkan perkara-perkara yang memberatkan pahalanya.Merujuk[ surah Al-' Ashr;103:3 ] yang bermaksud, 'Demi masa.Sesungguhnya,manusia berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.' Bukalah pintu hati dan fikiran kita untuk menilai semula prestasi kehidupan kita samaada ia menepati sasaran atau sebaliknya seperti yang telah ditetapkan oleh Auditor Maha Besar,Allah SWT yang akan kita temui di sana nanti.

Semoga kita tidak mensia-siakan walau satu hari kita pun yang berjumlah 24 jam itu untuk memberatkan dosa kita dengan perkara yang remeh-temeh dan berdoalah supaya kita tidak menjadi hamba-hambaNYA yang muflis di akhirat kelak.Amin

(Ingatan ini juga adalah untuk peringatan buat diri sendiri supaya masa yang ada berupaya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya,Amin)

Comments

  1. ape benda tu.. contoh yang remeh temeh agaknya ape ek..

    ReplyDelete
  2. kaw2...la blog ni... satu hari satu cerita dimasukkan... emmm syoknya

    ReplyDelete
  3. mr victor balaban:eg. remeh temeh ( membaca majalah hiburan,berdating,mengumpat sok sek sok sek,dll la.Cth lain mr victor list out sendiri boleyyy??? )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts